Malay Language
Our school celebrated Hari Raya Puasa on 28 April 2023. During the assembly programme, our P4 Malay language students presented a dikir barat item comprising of a medley of popular songs such as “Di Pinggiran Aidilfitri” and “Wau Bulan”. The heartwarming performance captured the hearts of the audience.
Click here to view the performance.
MATLAMAT PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid:
-
berkomunikasi secara efektif dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan;
-
memahami dan membina jati diri melalui penghayatan yang mendalam tentang budaya, tradisi, sastera dan sejarah; dan
-
berhubung dengan masyarakat Nusantara dan dunia yang bertutur dalam bahasa atau budaya yang sama.
KEMAHIRAN BAHASA
Pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan menjadikan murid sebagai pengguna bahasa yang cekap yang boleh berkomunikasi dengan yakin, berkesan dan bermakna dalam situasi sebenar, melalui tugasan bahasa yang autentik. Untuk mencapai tujuan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang supaya murid berpeluang untuk mengasah kemahiran berbahasa.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Pembelajaran Abad ke-21
Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang akan memupuk minat yang mendalam terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Mereka akan dididik supaya dapat memperoleh pendidikan asas yang kukuh. Mereka juga akan diasuh dengan Kecekapan Abad Ke-21 dan dibimbing agar menjadi:
-
Individu yang yakin
-
Pelajar yang berarah kendiri
-
Penyumbang yang aktif dan
-
Warganegara yang prihatin
Dwiminggu Bahasa Ibunda
Program ini adalah untuk menggalakkan murid-murid yang mengambil bahasa Melayu supaya menggunakan bahasa tersebut dalam situasi autentik. Murid juga diajak memahami dan menghayati budaya Melayu sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura.
SEDUTAN KELAS BAHASA MELAYU
Pembelajaran Abad ke-21
Dwiminggu Bahasa Ibunda