71 Anchorvale Link Singapore 544799
Tel: 63157600 Fax: 63153351
 
Home > In-Curriculum > Malay Language

Malay Language

MATLAMAT PENDIDIKAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah adalah untuk:

  • berkomunikasi secara efektif dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan alam pekerjaan;
  • memahami dan membina jati diri melalui penghayatan yang mendalam tentang budaya, tradisi, sastera dan sejarah; dan
  • berhubung dengan masyarakat Nusantara dan dunia yang bertutur dalam Bahasa atau budaya yang sama.

KEMAHIRAN BAHASA 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan menjadikan murid sebagai pengguna bahasa yang cekap yang boleh berkomunikasi dengan yakin, berkesan dan bermakna dalam situasi sebenar, melalui tugasan bahasa yang autentik. Untuk mencapai tujuan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang supaya murid berpeluang untuk mengasah kemahiran berbahasa.


AKTIVITI PEMBELAJARAN
Pembelajaran Abad ke-21
Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang akan memupuk minat yang mendalam terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Mereka akan dididik supaya dapat memperoleh pendidikan asas yang kukuh. Mereka juga akan diasuh dengan Kecekapan Abad Ke-21 dan dibimbing agar menjadi :

  • Individu yang yakin
  • Pelajar yang berarah kendiri
  • Penyumbang yang aktif dan
  • Warganegara yang prihatin

Dwiminggu Bahasa Ibunda
Program ini adalah untuk menggalakkan murid-murid yang mengambil bahasa Melayu supaya menggunakan bahasa tersebut dalam situasi autentik. Murid juga diajak memahami dan menghayati budaya Melayu sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura.


Darjah 1

Murid-murid dapat mengenali:

  • asas kebudayaan Melayu
  • seni perumahan tradisional
  • lagu dan permainan tradisional
Darjah 2

Murid-murid dapat menghargai:

  • cerita-cerita Rakyat
  • pengajaran yang terdapat dalam Cerita Binatang dan
  • mempelajari cara bercerita dengan lebih menarik
Darjah 3

 Murid-murid dapat melalui bengkel-bengkel seni: 

  • batik
  • menganyam dan
  • wau
Darjah 4

Murid-murid dapat melalui bengkel-bengkel muzik dan tarian:

  • dikir barat dan
  • tarian tradisional
 Darjah 5 Murid-murid dapat menghargai: 

  • pelopor Melayu Singapura
  • sejarah Kampong Gelam dan
  • sejarah Bahasa Melayu


PAUTAN PADA LAIN-LAIN LELAMAN

Tunas Bahasa http://tinta.moe.edu.sg/mekar/slot/u112/PRI/index.html
Kamus yang diluluskan SEAB  https://www.seab.gov.sg/content/dictionary/2016PSLEDictList.pdf 
e-Kamus DBP   http://prpm.dbp.gov.my/ 
Pintar Peribahasa
(Android apps) 
http://www.bestappsmarket.com/p/app?appId=1390313
Portal iMTL
https://www.imtl.sg/login/index.php
 Portal McOnline https://www.mconline.sg/LEAD/login/lms_login.aspx 


SEDUTAN KELAS BAHASA MELAYU

Pembelajaran Abad ke-21


Dwiminggu Bahasa Ibunda